✿ SUPER DUPER CRAZIEST, FUNNIEST & TALKATIVE GIRL ✿

My photo
You'll hate me. Thank you.

✿ LAY ME DOWN ✿

Wednesday, August 29, 2012

TALKING TO THE MOON :/

lirik lagu ke aku nak post? tidak tidak. hanya hobby aku yang aku buat bila ada nya kemunculan MOON yang aku sangat nak tengok. macam tak percaya kan aku buat benda neh. yea, memang tak semua buat, but yes aku buat. humm, kenapa MOON? alahai, susah wehh susah nak cakap. 

bulan. aku anggap M macam bulan. aku pernah tulis dekat entry aku dulu. and each time aku tengok bulan, aku akan snap pic gamba bulan tuh. as a sign yang aku sangat merindui dia. humm, taktahu nak cakap ape dah. so neh gamba bulan malam neh. cerah. lawa. macam M. 


lawa kann. sorry. low camera quality. last word ILOVEYOU FOR A THOUSAND YEARS AHEAD.


i love you , just the way you are =)

Tuesday, August 21, 2012

EID DAY 2012 :)

alhamdulillah. dapat beraya dekat rumah dengan family. tahun neh raya rumah tok dekat koyan means mak ibu laa. nak type panjang2 malas, sebab nanti buat aku teringat dekat M. teringat dekat dia jee raya neh. and raya pun tak rasa raya. hari neh aku dapat call free. bukan birthday aku, tapi birthday abg apis. register numb aku guna ic dia. so, kalau dulu, pantang call free, asyik bergayur dengan M jee. tak call free pun credit mesti kene selalu eda nak call dia. haa tgok, kan dah melalut buka cerita pasal dia. k stop! nak upload pic raya jee :)

main bunga api itu wajib di malam raya yea :) hekhek. 

tunggu ibu2 nak pergi beraya rumah makcik2 yang lain. pose dulu laa pape pun kan. hehe ;)

dekat rumah orang pun jadi. aku pantang nampak camera, and camera pun pantang kalau takde gambar aku. hahaha :D

with le sister :) sama tak? okay tak sama. aku tahu. sama sikit jee. dua2 pun pantang nampak camera xD

my favourite shots masa tengah main bunga api :D this one, aku snap.

okay, tuh jee laa kot gambarnya. nanti2 laa aku upload lagi. bila aku rasa aku rajin dan bosan. haha. assalammualaikum :)






i love you , just the way you are =)

Thursday, August 9, 2012

CREDIT TO CAPITAL?

assalammualaikum. humm, starting dengan humm pun dah buat aku down. what to tell eh? kejap nak pikir. lately i feel something, but dont know what it was. okay kejap, kenapa title entry tuh macam tuh. CAPITAL? capital then ada question mark. tah laa aku pun kenapa title tuh macam tuh kann. humm, where should i start? TWITTER? dah kenapa pulak dengan twitter. haihh aku neh, entry minta kaki jee. 

dah laa. straight to the point jee laa. macam neh cerita dia, this year, aku agak active, bukan agak but very active dekat twitter. so, nak dijadikan cerita *patut ke aku cerita? rasa macam tak. aku rajin jugak laa bertweet dengan SOMEONE neh haa. tak kenal pun. tweet jee. since masing2 rajin tegur masing2. *yea ke? entah laa. so aku rasa macam dekat sangat dengan dia. dia buat aku ingat dekat Capital-M. tapi what to do, aku tak kenal dia, so dia tak kenal aku. end. adat laa dekat twitter rajin bertegur kan. *abang burger bawah neh pasang lagu baek nampak, perli aku laa tuh. sesal mendua pulak tuhh, tumbuk jugak kang.

aku tak berani nak confess, so aku tulis dalam blog jee. sebab aku tahu, once dah tahu, no more tweet from him like usual. btw, dia pun ada crush yang dia suka. aku pulak menyebok. hahaha. *kalau M, mesti dia tahu kenapa aku gelak even tgh down. so dah laa kot, rasa macam okay sikit bila dah tulis dekat blog neh. even tak tulis semua kann. tanak jadi macam dengan M dulu. and sekarang aku nak focus study, same goes to him, i've promised them. 

so apa aku rasa sebenarnya? tah. malas nak cakap. buat taktahu jee. and you, i tahu you tgh baca kan. you buat tak paham jee apa yang i tulis dekat atas neh okay. i memang suka mengarut. and i tahu mesti you pikir macam neh "menda macam neh pun nak dijadikan masalah?" "buat semak kepala jee pikir menda remeh macam neh" eh you, you jangan pulak tak tweet i kay. hahaha. i dah confess pun kira okay laa neh you :D *ayat minta penampar free. you ingat kan i pernah cakap i ada crush baru, you laa orang nya. i suka tweet dengan you. even i tak kenal you, you tak kenal i. 

okay laa you. dah baca, terus padam dari memory okay. okay laa. i dah rasa nak tutup account twitter dengan fb jee neh. hahaha. kbaii. assalammualaikum. 

#malam neh aku tidur confirm tak lena punya laa. dah berapa kali buat keje gilerr confess macam neh. kbaii :D
i love you , just the way you are =)

Thursday, August 2, 2012

MY COOK :')

okay, melampau tak aku sampai dua kali update blog hari neh. hahaha. entry yang neh, aku tanak cakap panjan-2, mengarut tak tentu pasal. saje nak berlagak sikit hari neh. hari tuh aku tunjuk aku masak ayam masak merah kann? hahaha. sedappppp. *okay dah start dah berlagak. hahaha. so hari neh, aku try masak makanan yang aku tak pernah masak pun. yang aku tahu, sikit-2 ayam masak merah. hahaha. so hari neh cuba benda baru, KARI AYAMMM! yummmy wehhh. makan confirm mimpi punya laa kan. *okay dah start mengarut dah aku. 

so, nak tengok ke tak? nak ke tak? *banyak pulak bunyi kann. sabar-2 nak tunjuk laa neh. relaxxxxxx :') neh laa dia, tadaaaaaaaaaaaa


haaa, amacam? sedap tak sedap tak? nampak pun dah sedap kan? okay aku tahu. tak payah cakap. so dengan terjadinya kari ayam neh, maka dengan rasminya, aku dah boleh kawen laa. so sape-2 nak masuk minang boleh isi borang yang disertakan dekat bawah okay. bhahahaha *makin lama makin tak betul dah aku. hahaha. 

okay laa, dah nak bukak puasa neh. get ready laa. assalammualaikum :) *jangan mimpi kari ayam aku dah laa yea. hehe ;)


i love you , just the way you are =)

PUASA OH PUASA :')

sedar tak sedar, sekarang dah masuk bulan puasa. and dah dekat tiga bulan aku dekat college neh. dah lama tak update blog. well, busy aku mengalahkan perdana menteri punya secretary kalau korang nak tahu. *okay over :') haha. actually macam-2 nak cerita. berlaga-2 dalam kepala neh idea. berebut sape nak keluar dulu. rasanya cerita pasal housemate aku dulu laa kot. baru boleh cerita macam mana keadaan aku bila puasa tahun neh first time jauh dari family aku. rasa nak hantuk kepala dekat dinding hostel pun ada.

so, cerita pasal housemate. aku neh duduk dengan bebudak yang semuanya course nursing. aku? haa, aku engineering. okay tak ke macam pelik jee bila aku lain dari diorang. well, that is what we call as fate guys. fate. dah takdir kan aku jumpa diorang, befriends dengan diorang. well, i love them so much. susah nak cari girlfriends yang satu kepala macam aku. that is why jugak kenapa aku lebih ramai kawan lelaki daripada perempuan. bukan berlagak or nak menunjuk ke apa. benda betul. sape yang rapat dengan aku, tahu aku macam mana. 

okay dah lari tajuk. aku kalau dah bagi mengarut neh, sampai aku pun tak paham kejap lagi. so, nak dijadikan cerita, housemate nursing aku semua pergi posting in other words practical laa. dua bulan diorang pergi. humm, tinggal laa aku sorang dikala ramadhan yang mulia ini menjelang. *ecece, hahaha :') cant imagine laa wehh, sedih jangan cakap laa. tak dapat digambarkan dengan kata-2 pada saat ini. *mereng dah datang. susah kot hidup aku diorang takde dekat rumah. hummmmmmmm.

dah laa aku first time puasa jauh dari family. biasa buka ada ibu masakkan, ayah bawak pergi bazaar, angah tolong amek pinggan, adek tolong pilih air. but now, semua sendiri dekat sini. masak sendiri, buat air sendiri, pergi bazaar sendiri. haihhhh. masak tuh tak kesah laa. tapi sedih laa jugak tak dapat makan masakan ibu bila berbuka kann. bosan dah aku makan masakan aku sendiri. hahahaha. nasib laa masakan aku kalah masakan chef wan kann. *okay dah melampau! hahaha. 

so, lucky laa ada kengkawan yang lain. but........ hummm, tak perlu kot aku cakap kenapa. itu aku simpan. biarlah rahsia. hahaha. tanak nanti ada yang terluka dengan hasil tulisan karya mengarut aku neh kan. huhuhu. 

rasanya tuh kot nak cerita. kalau aku tulis panjang-2 pun nanti confirm korang skip baca jugak. aku pun malas nak baca entry panjang-2. hahahaha. so sekarang tgh get ready nak pergi kedai beli barang nak masak. kepala aku dah berputar pikir nak masak apa. asyik ayam jee, nanti balik raub tak rupa orang dah aku. hahaha. gtg. kbaii. *kurang hajor takk? haha. okay laa. assalammualaikum :) 

i love you , just the way you are =)