✿ SUPER DUPER CRAZIEST, FUNNIEST & TALKATIVE GIRL ✿

My photo
You'll hate me. Thank you.

✿ LAY ME DOWN ✿

Tuesday, August 20, 2013

NO TITLE...

assalammualaikum. have no reason. little fingers just start typing without any hesitation. typing deep from my heart.

Saat rasa terluka, cuba elak dari masam muka.
Bila rasa ada duka, pujuk diri ingat Dia.

Hati dah teguh nak baiki diri, masa tu jugak ada yang tak cuba mengerti.
Kuatkan hati ingat misi, sedikit pun tak nak toleh belakang lagi.

Langkah kaki dah tiada henti, moga Dia memberkati.
Biar manusia menghina mencaci, yang penting kaki teguh berdiri.

Berjuang jauh dari keluarga, buat diri kadang rasa tak berdaya.
Kata-kata hikmat bonda dan ayahanda, sentiasa tersemat di dada.

Rasa diri je yang ada masalah, ingatlah ada orang lain yang lagi susah.
Kerap lah di tikar sejadah, moga hati tak mudah patah.

Panjang lagi perjalanan di dunia, yakin dengan takdir-Nya.
Kalau rasa dah terlampau bahagia, ingat, takde yang kekal di dunia melainkan di 'sana'.

Sayang,
Cuba paham isi hati.
Cuba jadi muslimah sejati.
Cuba jadi mawar berduri.

Sayang,
Hidup kita dah di akhir zaman.
Cukuplah bangga dengan pujian.
Belajarlah ingat mengingatkan.








i love you , just the way you are =)