✿ SUPER DUPER CRAZIEST, FUNNIEST & TALKATIVE GIRL ✿

My photo
You'll hate me. Thank you.

Thursday, October 8, 2026

FAST FORWARD - SUDDENLY I AM MARRIED & A MOM

I unintentionally read my own blog. I was browsing my LinkedIn, my google because I am on Duolingo learning Mandarin. Tiba-tiba ternampak my own blog hahaha. Awkward nya menulis. I no longer writes. I realised my last post was on 2018 Jun ke July tah. I honestly felt weird reading my own post. Sadis nya hidup aku dulu ek.

Aku tengah menikmati paid garden leave. Well, backstory I work in this one company for 3 years. Trusted wrong people which is a manager whom I thought is genuinely baik. Rupanya, the longer I work with the manager, the longer I realised, she is really crazy & by crazy I mean really crazy till the extend yang hasut semua orang kata this person tak baik, this person tak baik. I tendered my resignation and she ended up informed HR yang aku ni influence people to resign. Padahal semua orang resign sebab tak tahan dengan dia. But she never realise, instead dia cari orang lain pulak nak jadikan punca which is me. So I am on garden leave now, paid, until my last day notice 15th Nov.

At first, I honestly felt kind of dissapointed and geram lah. Tapi looking at the bright side, this is the much needed rest, brain reset for me. I long for this kind of berehat. Cuti, tapi still dapat gaji. I honestly sumpah penat. 3 years. I deserve this. So now tengah menikmati cuti. I have a little bit of worries tapi tah macam malas nak fikir. Rezeki bukan manager bagi ek, Dia yang bagi. Jadi, ku jalani sahaja masa yang ada ni.

That is part of my life.

Other than that, I am also a mummy now to a cheeky, genius boy, Noah. Oh Married to the most unexepected person. Kawan masa dekat VADS, Fazli. That one guy yang aku tak suka is now my husband. Pastu pernah bergaduh ya, like gaduh yang sampai 'dah sudah lepaskan aku' punya dialog. Haa banyak lagi ek tengok drama melayu hahaha. Tapi tak nak ingat dah, bila ingat sakit dada. Grateful sebab my husband chose me & trusted me.

Panjang jugak taip nya walaupun dah lama tak menaip ek. I kind of miss this. Tiba-tiba boleh menulis je. Walaupun now bukan untuk orang baca, this could be my online diary. Zaman sekarang orang dah tak main blog ya. Semua dekat Thread lah, dekat Instagram je update life.

Tu je lah kot ek. Nak test je tadi boleh lagi ke masuk and update. Boleh rupanya. So boleh lah lepas ni update lagi hahah. I have so much free time.


i love you , just the way you are =)

Monday, July 9, 2018

FEELINGS

Assalammualaikum. Selamat malam. K post kali ni gap tak jauh sangat tapi ada lah dalam 3 minggu. Aku hari ni rasa nak menulis sebab rasa sedih, kot. Hahaha tak lah. Sekarang banyak pasal depression. Siap ada yang buat main. Jangan. Kau tak pernah ada dekat situ, kau tak tahu rasa nya macam mana. Dia bukan sakit lura, mental kau sakit. Dalaman kau sakit, hati kau. Kalau kau tahu rasa dia macam mana, kau takkan nak mengaku ada depression.

Kenapa aku cakap macam aku pernah kena? I do.

Silap jugak aku dengar playlist dekat spotify sambil menaip ni, ada yang banjir ni kang tak pasal je. Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Okay aku nak cakap pasal manusia yang tengah bersedih.

Kau tahu manusia yang tengah bersedih ni, tengah heartbroken ke, putus harapan, sedih sebab hilang seseorang ke apa ke, fyi diorang tak nak dengar pun sebarang nasihat dari kau. Silapnya manusia sekeliling dia ialah bagi seribu kata nasihat, kau ingat dalam keadaan diorang sedih macam tu, otak diorang boleh proses ke nasihat nasihat kau tu? TAK.

Lagi satu silapnya, bila kau guna ayat Al-quran nak deny perasaan dia. Sabar jap bagi aku explain. Maksud aku is, manusia yang tengah sedih ni bukan tak ingat Allah, cuma bagi dia masa. Dia tahu tiap satu ayat Al-quran pasal bersedih, pasal letak harapan pada manusia akan kecewa, letak harapan pada Allah tu sebaiknya, diorang tahu. Dia tahu takde pergantungan & pengharapan lain selain dari Allah. Tapi kau tahu ke rasa dia yang dalam keadaan nak memulih tu? Tak. Kau tahu judge je dan kau hanya tahu cakap, tahu sembur je manusia macam ni.

Kau mungkin nampak diorang as weak, bro kau silap. Kau tahu ke apa dia buat hari hari nak cover rasa sedih dia, nak be happy as what people told them to without knowing the truth. Sakit. Dia nak tweet sedih, biarkan dia. Sebab dia tahu takde orang yang nak dengar dia bercakap, nak dengar dia luah rasa sakit dalam hati dia, lagi kalau jenis simpan dalam, lama. Kalau kau tak berminat untuk tahu, leave. Jangan pernah masuk campur sikit pun kalau at the end of the day kau salahkan diri dia sebab asyik bersedih je.

Apa yang kau nampak dia tweet, sedih, sadis, itu the other side of dia yang kau tak pernah nak ambik tahu. Kau expect dia untuk kuat setiap masa, tapi mana kau masa dia jatuh? Kau sibuk enjoy life kau. Life dia? Yang kau tahu, yang kau nampak dia banyak kawan, dia seronok, dalam dia kau tahu? Tak. Kau ingat dia takde mental breakdown? Kau tak tahu apa dia hadap dekat luar, dekat tempat kerja, kau tak tahu berapa banyak rasa yang dia berperang, kau tak tahu berapa banyak manusia yang dia dahulukan lebih dari dia sendiri, termasuk diri kau.

Aku kurang gemar dengan manusia yang banyak cakap, tapi tak tahu apa orang lain hadap.Dia cuma tahu menasihat tapi tak tahu apa orang tu rasa. Dia bercakap sebab dia rasa dia tahu dari apa yang dia nampak bukan dari apa yang orang tu rasa. Sebab dia rasa dari tweet atau pun kata kata mahupun kelakuan yang nampak sedih tu dah cukup untuk dia rasa dia tahu semua benda. Hentikan.

It takes time to heal. Kau tak boleh expect dia harini kecewa, esok terus okay. Kau silap besar. Kalau kau tak tahu apa apa, you better get out of the way. He/she don't even need you pun. You better leave. You don't know how much it suck them from their life. Dia kuat, tapi dia cuma perlu masa. When that time comes, they wouldn't want to look back at all, not even look at you as the same person again. By that time you know how strong is that person.

"Lack of communication ruins everything because instead of knowing how the other person is feeling, we just assume"

Thank you for reading. Mungkin nampak macam tergantung sikit, tapi I bet you guys got my point. 


i love you , just the way you are =)