✿ SUPER DUPER CRAZIEST, FUNNIEST & TALKATIVE GIRL ✿

My photo
You'll hate me. Thank you.

✿ LAY ME DOWN ✿

Monday, May 2, 2016

ALLAH MISSES YOUR DUA' SO HE TESTED YOU

Assalammualaikum. So, how long was it since my last update? Mesti nak kena recap bila last post each time nak update post baru. Haha. So last update was on 20th December. K baru je scroll tadi. I updated a story about my broke up. Tak, not really a broke up story but how I got up and find my spirit back after a moment of grieving and mourning for the past few months. Habis dah cerita broke up tu, ni nak cerita pasal benda lain pulak. InsyaAllah sekarang will have time to update my blog like more frequent sebab nya dah ada sumber, laptop dah okay. Alhamdulillah ada rezeki lebih. Rezeki yang tak expect nak dapat.

Kisah nak dapat laptop ni bukan main susah. K takde lah susah mana, tapi berapa lama aku sabar, buat muka seposen setiap kali masuk class takde laptop. Orang lain masuk class, on laptop, aku nak on pc dekat lab pun takde selera sebab aku tak suka buat kerja tak guna laptop sendiri. Rasa macam orang bodoh je masuk class tak buat apa. Kadang aku buat jugak lah kerja guna pc dekat lab tu tapi pc lab pun macam meminta dimaki je dengan software tah zaman bila tah lepas tu tah tak best ah yang penting nya.

Laptop before ni banyak betul dugaan, betul-betul uji kesabaran aku. Mula adapter dengan battery rosak, okay takpe lah beli lah adapter dengan battery baru. Lepas tu setahun pakai kot tak silap, motherboard pulak rosak. Okay sabar lagi, pikir mana nak dapat duit nak repair sebab memang betul nak pakai, budak computer kan memang kerja hadap laptop je lah pun. Kalau tak buat kerja, tengok movie ke apa. Alhamdulillah, ada rezeki lagi dapat lah repair. Sebulan lepas tu, screen pulak rosak. K sampai sini dah mula pikir, kenapa mesti nak rosak dekat tangan aku? Apa aku buat sampai apa saje dekat tangan aku, nak kena rosak.

Rasa nak give up tu melampau sangat, rasa nak berhenti belajar pun ada. Mana tak nya, dengan masalah lain lagi, aku banyak sangat nak pikir. Dah lah aku pulak bukan jenis bercerita pada orang apa masalah aku, kenapa aku bad mood ke sebab aku kalau depan orang aku tak tunjuk pun yang aku ada masalah. Aku start rasa segala macam jenis ujian ni masa 2011. Cukup aku cakap, start dari that day, aku belajar yang kalau kau lupa Allah, Allah pun tak teraak-agak nak tarik nikmat kau tu.

Aku belajar rasa susah, macam mana susah nak dapat duit, nak kerja, macam mana susah bila orang pandang kau hina. Aku tak kisah sangat, tapi bila orang pandang family aku hina itu ye aku angin. Tapi aku ingat apa ibu cakap "Allah nak tunjuk dekat kita kebesaran Dia". K terkesan. Sebab lifestyle dulu tak sama dengan sekarang. Jauh beza. Ada improvement lah at least.

Aku belajar rasa sabar bila kau nak benda yang tak mungkin kau dapat dengan senang. Bukan jenis, bayang dalam kepala, terus papp! benda depan mata kau, tak, memang takde dah zaman tu dalam kisah aku. Dulu mungkin tapi bukan lah bayang je terus dapat, tapi bila mintak tu dapat lah. Dapat pun cepat, itu maksud aku. Sekarang tak dah, kau nak kau usaha. Kau nak, kau sabar. Sebab takde benda datang bergolek dah zaman sekarang. Dah takde lagi kau senang-senang mintak pada ayah ibu nak itu ini.

Aku belajar hadap layanan manusia yang bermuka-muka. Masa kau senang, dilayan nya kau macam sikit pun takde perbezaan darah, macam takde sikit pun apa yang kau buat salah dimata diorang, macam takkan pernah terputus tali perhubungan tu walau apa pun jadi. Bila kau susah, layanan yang dulu nya macam kau lah segalanya, dah jadi siapa kau dalam pertalian tu pun kau tak pasti hanya kerana kau susah, tak banyak duit macam dulu. Aku belajar yang keluarga sendiri mampu buang kau, kalau kau bukan macam apa yang diorang nak. Tak percaya? Takpe aku tahu korang tak percaya sebab bukan korang dalam situasi aku.

2011, itu ujian yang paling bagi kesan dekat aku. Sampai sekarang. Tak putus-putus ujian. Kecil, besar. Tapi aku tahu, setiap ujian tu ada hikmahnya. Banyak sangat hikmah. Aku kenal satu-satu muka yang ada masa aku jatuh, hulur tangan tolong aku bangun. Aku kenal satu-satu muka yang terus pergi sikit pun tak toleh belakang bila aku jatuh. Thanks for that, aku hargai :)

Ada orang Allah uji dengan kesusahan duit, keluarga yang tak sempurna, hubungan cinta yang tak kesampaian, putus nya tali persahabatan. Aku lalui semua tu. Tapi aku selalu ingat ibu cakap "Takpe kaklong, kalau rasa kita susah, ada orang lagi susah. Tu dekat Palestin tu diorang nak makan pun susah, kita ni ada lagi benda nak makan" dan tiap kali tu jugak aku pikir apa sangat ujian aku ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang hadap ujian lagi besar dari aku.

Takde duit, insyaAllah ada rezeki dekat mana-mana. Takde makan, kadang ada orang belanja. Kau kena banyak doa je. Aku tulis nbenda ni pun peringatan dekat diri sendiri. Sebab aku tahu diri aku pun macam mana. Susah baru nak minta pada Allah, bila senang sikit pun takde teringat lepas solat tu nak tadah tangan mintak doa pada Allah, nak sujud pada Dia lama-lama sebab nak sesuatu. Manusia.

Dan aku yakin, sangat yakin dengan the power of dua'. Mintak lah apa pun, doa lah apa pun Allah mesti bagi. Tak cepat pun, lama-lama Allah bagi jugak. Kau kena banyak sabar. Aku pun sabar nak laptop ni. Bukan senang-senang aku dapat. Sama macam benda lain, bila aku rasa 'dah tak boleh ni, takde siapa boleh tolong' Allah hadirkan aku orang-orang yang aku sayang, yang aku tahu tak pernah buang aku macam orang lain untuk tolong aku. Aku percaya benda tu.

Sebab tu susah macam mana pun kau, DOA lah. Ada jalan. Allah mesti tolong. Susah macam mana pun, SOLAT JANGAN TINGGAL. Tapi tulah, pemalas tu syaitan betul.

Takde apa yang aku nak, selain dari doa kalian (kalau ada yang baca lah). Aku nak kirim doa je. Sebab aku nak jatuh balik ni rasanya. Moga Allah mudahkan urusan aku, keluarga aku, sahabat aku, insan yang aku sayang, dunia akhirat. Moga Allah balas usaha kalian.






Lots of love;
Diana Alias
i love you , just the way you are =)

Sunday, December 20, 2015

IF IT'S NOT YOURS THEN LET IT GO

Assalammualaikum. Hai? K hai people (if ada). Weh sumpah awkward nak menulis punya lah lama dah tak update blog & I can't even remember when was my last update (boleh je scroll balik but malas) but still I remember what was my last update is about. So, where to start?

Remember I told you guys about my aunty who is fighting with leukemia? She passed away a week before hari raya. Can't believe she's gone. It hurts, of course. Tapi bila dengar ibu cerita what is really going through before she passed away, it hurts more. 

Tu warm up story (hari ni nak cerita benda sedih je, something that I couldn't express with my mouth). Aku nak taip pun tetiba rasa menyampah since things happened. Takkan aku nak lawan apa yang jadi kan. Fuhh breath in breath out haha k I did that spontaneously. 

You know how it feels like to lose the person you love kan? To be honest, I just go through a broke up. Benda memang aku dah lama expect nak jadi tapi aku tak pernah expect the outcome would be so so so hurtful macam sekarang & tepat 2years 3months we broke up (but sekarang dah okay lah, almost a month dah). Tak aku bukan nak cerita kisah sedih aku putus cinta ke or why aku broke up (since aku tahu korang tak berminat pun nak baca tu pun kalau ada orang baca lah kan haha) tapi aku nak cerita macam dengan broke up ni buat aku bangun & start searching for myself, again.

First day, I am totally lost. Maksud aku lost is, crying, mourning, grieving for the whole day. Member buat lawak, memang aku gelak tapi gelak sambil nangis. Gila? Ha memang pun. Lagi gila bila that was the last day untuk aku siapkan assignment aku. No its actually the only day left untuk aku siapkan satu assignment. Dah lah kena buat web, sumpah idea yang aku dah lama plan nak buat for that web, satu apa pun tak jadi. LANGSUNG! & penyudahnya web tu sangat buruk. Mental memang teruk gila. Aku buat web tu sambil nangis kot. Mengadu dekat classmates dalam group ws, diorang bantai gelak ingat aku main-main. Esok nya pergi class, tengok mata macam apa je then only diorang percaya. Gila kau ada pulak orang still buat assignment sambil nangis. Ada. Aku. Ha ha ha. Bukan nak cakap apa, kira kuat jugak lah aku hadap benda macam tu. Even classmates aku cakap, 'kira kau kuat jugak lah, still boleh pergi class, smiling & laughing macam takde apa jadi & you still managed to finish up your assignment in one day' well I have to. Tapi sehari dua tu memang tak okay (tambah dengan few things yang lain which is aku tak patut cerita sebab buat aku ingat benda bodoh yang aku sememangnya tak patut ingat dah & I bet kalau korang baca pun korang rasa nak mencarut so let it be a history)

A week after, (or should I skip terus two weeks after?) k tak, two weeks after lah k tulis panjang-panjang pun nanti takde orang baca. Macam dah okay sikit. Okay sebab selalu keluar & aku berjaya sibukkan diri aku. Which is sangat sibuk. Apa yang aku nampak bila dah broke up, kawan ramai sangat bagi support sampai yang unexpected punya support pun ada. Lepas tu aku macam senang sangat lepaskan everything (even tak sangat tapi to be frank memang almost everything pun) which I assumed 'benda' tu memang tak baik untuk aku & Allah nak tunjuk dekat aku. Aku selalu keluar dengan kawan-kawan aku, having fun tanpa ada rasa serba salah or pikir nak jaga hati siapa-siapa. Lepastu, Allah dekatkan aku dengan orang-orang yang sepatutnya. Aku cari balik diri aku dengan cara aku rapat dengan diorang-diorang ni, aku ubah diri aku. Stage by stage. 

After a month, alhamdulillah aku makin okay. Dah boleh buang semua benda k tak semua tapi hampir semua. gambar, phone no, messages. Social network tak payah cerita sebab he did first, he blocked me lah senang cerita (padahal dia tu tinggal aku). Mental gak tau, dia buat macam nampak aku yang tak guna, macam aku salah. Masa aku tahu dia block aku tu mental jugak lah sebab aku pikir 'siapa buat siapa'. Banyak lagi nak cerita pasal dia after broke up tapi I choose to not tell you guys any of it sebab serious aku pun tak paham dia. K drop the subject. So dah block, lagi senang lah aku nak move on kan (even the fact nak move on memang susah sebenarnya). 

Yang aku nak cerita sekarang, the highlight is bila benda tu memang tak baik untuk kau Allah takkan bagi benda tu even macam mana kau nak sekali pun. Dan bila mana kau mintak pertolongan dari Allah, tunjukkan jalan, keluarkan kau dari benda tak sepatutnya Allah mesti tolong. Bahasa mudahnya, banyakkan doa. Bila jadi macam ni satu lagi aku yang sedar ialah doa ibu tu sangat-sangat makbul, takde hijab. So that feeling was great enough for me to start a new life.

But, this happened. He came back. Datang macam takde apa dah jadi, macam tak pernah dimaki, macam tak pernah peluk perempuan lain (padahal baru sebulan broke up) & macam aku tak pernah nampak gambar tu, macam apa yang dia cakap tak pernah keluar dari mulut dia. Not that aku nak cerita jahat dia tapi pikir ah dah buang macam sampah kot, tiba-tiba datang cakap rindu. Bila tanya kenapa (gambar tu ah en) cakap sebab nak lupakan aku. Kepala dia (please mind the harsh words I'm using) aku macam nak gila cari balik kekuatan aku dia boleh macam tu konon alasan nak lupakan aku. I'm not that stupid.

Lepas tu konon macam 'oh betul lah kot ni' sekali cakap dah nak kahwin pulak. Ya ampun I don't understand him. Then masa tu aku jatuh lagi. Jatuh dengan luka yang sama macam mana kena tinggal last 2 months. Aku pikir, kenapa aku nak kena rasa apa yang aku rasa ni. Aku tak nak dia tapi asal aku macam sakit gila. Maybe because I'm not fully recover yet. Aku admit lah benda tu kan. I cried a lot. Nak dijadikan cerita, I have a date dengan sahabat aku ni on that day, so aku ambik tu as a way for me to calm myself.

The next day pulak, pergi broga. The will nak naik sampai the most top of the hill tu macam membuak-buak sebab I found it as a good way nak relax kan kepala, tenang kan perasaan & yes I made it to the top of the hill. Most top okay. Padahal that was my first hiking after years. Orang lain dah berjuta kali naik broga, aku yang duduk dekat pun baru naik sekali since baru kali ni ayah ibu bagi pergi sebab aku dah banyak kali mintak so they can't say no anymore (anak ganas, cakap tak pun nak jugak pergi) & they let me.

Masa sampai atas, bila aku tengok the scenery, I thought of something. Macam mana aku usaha nak naik atas, macam tu jugak aku nak usaha untuk bangun dan forget all those sily things that hurts me a lot instead of giving me happiness. Dia punya rasa puas tu dapat sampai atas even lambat, banyak stop sebab tak larat (gila kau, tinggi kot), aku rasa 'okay aku nak rasa macam ni'.

I have a deep thought about it. It is time for me untuk belajar terima apa saje yang jadi. Bukan putus asa tapi macam aku tulis dekat atas kalau Allah dah tetapkan benda tu bukan kau punya, benda tu takkan jadi kau punya. LET IT GO. Aku pikir, mungkin dah sampai masa aku cari diri aku, cari benda yang sepatutnya, cari cinta yang sepatutnya. Slow-slow aku bangun balik, cari balik kekuatan.

Oh lepas tu aku sarankan korang tengok lah cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Ada orang suruh aku tengok & aku dah tengok 4 kali cerita tu. Memang pasal cinta, tapi penghujung dia tu akan ada kata-kata yang buat kau rasa 'No you can't be like this, sampai bila kau nak terus tenggelam dalam kesedihan kau'.

"Kejatuhan kita bukan permulaan bagi kesedihan kita. Sebaliknya permulaan bagi kebangkitan kita" - Tenggelamnya Kapal Van De Wijck

Tu quote yang paling aku ingat, yang aku pegang sampai sekarang. Kau ada seribu satu alasan untuk terus jatuh tapi kau jugak ada seribu satu alasan lain untuk bangun balik. You decide on what you do with your life & how you do it, you can create yours with Allah's will.





Lost of love;
Diana Alias









i love you , just the way you are =)