Kisah nak dapat laptop ni bukan main susah. K takde lah susah mana, tapi berapa lama aku sabar, buat muka seposen setiap kali masuk class takde laptop. Orang lain masuk class, on laptop, aku nak on pc dekat lab pun takde selera sebab aku tak suka buat kerja tak guna laptop sendiri. Rasa macam orang bodoh je masuk class tak buat apa. Kadang aku buat jugak lah kerja guna pc dekat lab tu tapi pc lab pun macam meminta dimaki je dengan software tah zaman bila tah lepas tu tah tak best ah yang penting nya.
Laptop before ni banyak betul dugaan, betul-betul uji kesabaran aku. Mula adapter dengan battery rosak, okay takpe lah beli lah adapter dengan battery baru. Lepas tu setahun pakai kot tak silap, motherboard pulak rosak. Okay sabar lagi, pikir mana nak dapat duit nak repair sebab memang betul nak pakai, budak computer kan memang kerja hadap laptop je lah pun. Kalau tak buat kerja, tengok movie ke apa. Alhamdulillah, ada rezeki lagi dapat lah repair. Sebulan lepas tu, screen pulak rosak. K sampai sini dah mula pikir, kenapa mesti nak rosak dekat tangan aku? Apa aku buat sampai apa saje dekat tangan aku, nak kena rosak.
Rasa nak give up tu melampau sangat, rasa nak berhenti belajar pun ada. Mana tak nya, dengan masalah lain lagi, aku banyak sangat nak pikir. Dah lah aku pulak bukan jenis bercerita pada orang apa masalah aku, kenapa aku bad mood ke sebab aku kalau depan orang aku tak tunjuk pun yang aku ada masalah. Aku start rasa segala macam jenis ujian ni masa 2011. Cukup aku cakap, start dari that day, aku belajar yang kalau kau lupa Allah, Allah pun tak teraak-agak nak tarik nikmat kau tu.
Aku belajar rasa susah, macam mana susah nak dapat duit, nak kerja, macam mana susah bila orang pandang kau hina. Aku tak kisah sangat, tapi bila orang pandang family aku hina itu ye aku angin. Tapi aku ingat apa ibu cakap "Allah nak tunjuk dekat kita kebesaran Dia". K terkesan. Sebab lifestyle dulu tak sama dengan sekarang. Jauh beza. Ada improvement lah at least.
Aku belajar rasa sabar bila kau nak benda yang tak mungkin kau dapat dengan senang. Bukan jenis, bayang dalam kepala, terus papp! benda depan mata kau, tak, memang takde dah zaman tu dalam kisah aku. Dulu mungkin tapi bukan lah bayang je terus dapat, tapi bila mintak tu dapat lah. Dapat pun cepat, itu maksud aku. Sekarang tak dah, kau nak kau usaha. Kau nak, kau sabar. Sebab takde benda datang bergolek dah zaman sekarang. Dah takde lagi kau senang-senang mintak pada ayah ibu nak itu ini.
Aku belajar hadap layanan manusia yang bermuka-muka. Masa kau senang, dilayan nya kau macam sikit pun takde perbezaan darah, macam takde sikit pun apa yang kau buat salah dimata diorang, macam takkan pernah terputus tali perhubungan tu walau apa pun jadi. Bila kau susah, layanan yang dulu nya macam kau lah segalanya, dah jadi siapa kau dalam pertalian tu pun kau tak pasti hanya kerana kau susah, tak banyak duit macam dulu. Aku belajar yang keluarga sendiri mampu buang kau, kalau kau bukan macam apa yang diorang nak. Tak percaya? Takpe aku tahu korang tak percaya sebab bukan korang dalam situasi aku.
2011, itu ujian yang paling bagi kesan dekat aku. Sampai sekarang. Tak putus-putus ujian. Kecil, besar. Tapi aku tahu, setiap ujian tu ada hikmahnya. Banyak sangat hikmah. Aku kenal satu-satu muka yang ada masa aku jatuh, hulur tangan tolong aku bangun. Aku kenal satu-satu muka yang terus pergi sikit pun tak toleh belakang bila aku jatuh. Thanks for that, aku hargai :)
Ada orang Allah uji dengan kesusahan duit, keluarga yang tak sempurna, hubungan cinta yang tak kesampaian, putus nya tali persahabatan. Aku lalui semua tu. Tapi aku selalu ingat ibu cakap "Takpe kaklong, kalau rasa kita susah, ada orang lagi susah. Tu dekat Palestin tu diorang nak makan pun susah, kita ni ada lagi benda nak makan" dan tiap kali tu jugak aku pikir apa sangat ujian aku ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang hadap ujian lagi besar dari aku.
Takde duit, insyaAllah ada rezeki dekat mana-mana. Takde makan, kadang ada orang belanja. Kau kena banyak doa je. Aku tulis nbenda ni pun peringatan dekat diri sendiri. Sebab aku tahu diri aku pun macam mana. Susah baru nak minta pada Allah, bila senang sikit pun takde teringat lepas solat tu nak tadah tangan mintak doa pada Allah, nak sujud pada Dia lama-lama sebab nak sesuatu. Manusia.
Dan aku yakin, sangat yakin dengan the power of dua'. Mintak lah apa pun, doa lah apa pun Allah mesti bagi. Tak cepat pun, lama-lama Allah bagi jugak. Kau kena banyak sabar. Aku pun sabar nak laptop ni. Bukan senang-senang aku dapat. Sama macam benda lain, bila aku rasa 'dah tak boleh ni, takde siapa boleh tolong' Allah hadirkan aku orang-orang yang aku sayang, yang aku tahu tak pernah buang aku macam orang lain untuk tolong aku. Aku percaya benda tu.
Sebab tu susah macam mana pun kau, DOA lah. Ada jalan. Allah mesti tolong. Susah macam mana pun, SOLAT JANGAN TINGGAL. Tapi tulah, pemalas tu syaitan betul.
Takde apa yang aku nak, selain dari doa kalian (kalau ada yang baca lah). Aku nak kirim doa je. Sebab aku nak jatuh balik ni rasanya. Moga Allah mudahkan urusan aku, keluarga aku, sahabat aku, insan yang aku sayang, dunia akhirat. Moga Allah balas usaha kalian.
Lots of love;
Diana Alias
No comments:
Post a Comment