✿ SUPER DUPER CRAZIEST, FUNNIEST & TALKATIVE GIRL ✿

My photo
You'll hate me. Thank you.

✿ LAY ME DOWN ✿

Wednesday, May 4, 2016

TRUST IS EARN YOU CAN'T JUST HANDLE IT TO ANYONE

Assalammualaikum, so macam kerap sangat pulak update blog. rasa baru update semalam, ke dua hari lepas. Entah lah tapi, rasa tu tetiba datang. Tak maksud aku rasa nak update blog. Sebab tak selalu idea datang, dan dah berapa lama jugak tiap kali idea datang dan masa tu aku takde laptop. Yang ada cuma  phone dengan planner & aku coret semua nya dalam planner. Planner lama dah nak habis, so dah beli planner baru. K padahal tak habis lagi.

So, where to start? How to start? What am I trying to write actually? 

Kau tahu tak, takde satu pun manusia yang senang-senang boleh bagi kepercayaan tu macam bagi pinjam pen. Even nak bagi pinjam pen pun susah sebab kadang classmates kau buat reta (read as harta) pastu buat-buat lupa dia pernah pinjam. Tak, tu classmates negro aku lah. Pemenda lah -_-

Kau tahu tak, takde siapa yang kau betul-betul boleh dipercayai dekat dunia ni. Even your family. Contoh bila kau tanya family kau diorang okay ke tak dekat rumah, they said yes tapi the truth is they don't. Kau tahu family kau tipu bila kau tanya diorang ada duit cukup tak untuk diorang dekat rumah dan diorang cakap ada. But this kind of thing lain dengan apa yang kau hadap sekeliling kau, persekitaran kau, kelompok manusia yang kau berada sekarang.

Trust is earn...

Untuk kau bagi kepercayaan kau pada manusia, bukan senang. Kau paling-paling nak kena kenal manusia yang ada dengan kau tu for years dulu untuk kau betul-betul tahu dia luar dalam. Ada ke kau bagi kepercayaan pada orang yang kau baru kenal 5 minit? Or 1 minit? Takde kan? Bagitahu aku kalau ada, aku nak mengagumi dia sebab aku tak mampu buat macam tu. Even untuk kau bagi orang percaya kau pun susah. Bagitahu aku kalau ada yang boleh percaya kau senang-senang je sebab aku nak skill tu untuk buat orang percaya pada aku dalam jangka masa yang pendek like betul-betul pendek.

How you earn it?

Effort. Action speaks louder than words I tell you. You can't say "kau boleh percaya aku, just tell me anything, I'll keep it, I won't tell anybody". Boleh ke kau percaya? Aku tak boleh. But still, I told them everything but bukan pada semua. Tu masalah aku. So macam mana kau nak dapat kepercayaan seseorang? You show them how you treasure what you know or at least your relationship or maybe friendship. 

Sahabat ke kau bila sahabat kau bercerita pada kau, dan kau pergi sebar pada manusia lain? Sahabat ke kau bila sahabat kau bulat-bulat yakin yang kau takkan bercerita perihal dia pada orang lain tapi kau seronok jaja kisah dia di seluruh ceruk yang kau pergi? Sahabat ke tu? Tak. Tu sampah. Tak ada rasa bersalah ke dalam diri kau bila sahabat kau percaya kau dan musnahkan kepercayaan tu? So that's how you earn trust. Macam mana tu pikir sendiri. Kaji sendiri dari apa aku tulis tadi.

Why you can't just handle it?

Bila kau sembang pasal percaya tak percaya ni, dah tentu tentu benda yang kau bercerita or kongsi tu hanya pada orang-orang yang kau percaya. So, tak semua manusia keliling kau mampu untuk simpan cerita kau even when you told them not to tell anybody bout it. Because at the end, if that person you've trusted, not being honest with you you'll end up not trusting them anymore. Okay here an example, kau ada masalah, kau bercerita pada si polan yang kau anggap sahabat, yang kau yakin tak mungkin dia nak bercerita kisah kau pada manusia lain sewenang-wenang nya dan penyudah nya dia pergi bagitahu segala jenis manusia kisah kau tadi siap ada tokok tambah, penyedap jalan cerita kau tadi. Kau rasa? Marah? Kalau aku, mungkin si polan tu dah berdarah telinga sebab aku maki tanpa henti. 

Sama jugak bila kau percaya orang tu tak buat benda yang kau rasa dia buat, dan kemudian nak dijadikan cerita kau jumpa segala benda yang menampakkan 'okay, now ada yang tak kena'. See, tak semua manusia layak nak dapat kepercayaan tu dengan mudah. Kalau kau buat benda-benda yang aku tulis tu (yang sikit je tu aku tuis tu, belum segala jenis penipuan lagi) kau pikir, layak ke kau nak dapat kepercayaan tu? Kepercayaan yang kau dapat dan kemudian nya kau rosakkan dengan penipuan serta seribu satu hikayat dongeng yang tak berkesudahan. Layak ke kau?

Sahabat kau percaya kau, kau tikam dia. Berkali-kali, dan buat macam kau takde salah sikit pun. Apa sebenarnya kau nak? Apa tujuan kau cipta pelbagai penipuan, tabur segala perbuatan yang cukup aku cakap, sampah! Apa sebenarnya kau nak dari mereka yang percaya tapi kau robek kepercayaan tu? Apa? Senang ke hidup kau menyusahkan orang lain, menjadi penyebab sahabat kau termenung, merenung jauh nasib, buat sahabat kau percaya yang takde manusia dah dekat dunia yang boleh dipercayai? Seronok ke kau hidup dalam penipuan yang entah lama mana boleh tahan?

Sudah lah, cukup lah tu. Hentikan lah agenda buruk kau. Mungkin kau lepas dekat dunia ni, jangan pikir kau boleh lepas dekat sana nanti. Tak kasihan ke kau pada sahabat kau? 

Belajar lah hargai setiap kepercayaan tak kisah lah dari siapa pun kau peroleh kepercayaan tu. Keluarga, sahabat, kekasih. Kau tak tahu bertapa susah orang tu nak percaya kau, nak belajar percaya yang masih ada orang jujur dekat dunia ni tapi kau ubah persepsi tu dengan perangai tak semenggah kau. Cukup lah...

Buat mereka yang masih ragu-ragu untuk bagi kepercayaan pada manusia, takpe. Tak salah pun kau nak berjaga-jaga bila kau nak bagi kepercayaan kau tu. Hak kau. Nak bagi atau tak itu hak kau.

Moga Allah bersama kalian, moga kalian sentiasa dalam lindunganNya, moga sentisa diberkati Allah, moga Allah jaga kalian dari manusia-manusia pendusta sebegini. 





Lots of love;
Diana Alias





i love you , just the way you are =)

No comments:

Post a Comment