✿ SUPER DUPER CRAZIEST, FUNNIEST & TALKATIVE GIRL ✿

My photo
You'll hate me. Thank you.

✿ LAY ME DOWN ✿

Saturday, June 16, 2018

HILANG

Assalammualaikum. Wuuu apa lama sangat tak update blog tu sis??? Hahaha. 2 years, now only ada post baru. Sebenarnya kalau korang tengok my draft list, aku rajin je menulis sebenarnya. Tapi, aku tak pernah pos. Sebab setiap kali aku menulis, takde yang pernah habis dah lepas daripada pos aku yang paling last tu. Aku tak tahu apa yang hilang. Semangat? Atau aku hilang diri aku sendiri dalam tempoh 2 tahun keluar dari dunia yang aku suka, menulis. Aku takde lah hebat sangat menulis, tapi yang aku tahu aku suka blogging. People shifted to vlogging, while I don’t. Kurang minat. I’ve tried but I think I look awful. Sejenis tak minat rakam diri sendiri. Tapi cakap lelebih kejap lagi benda yang kau tak suka tulah jadi hahaha. Oh ye, lupa nak cakap, the day aku post ni dah raya ke-2. Pertama kali seumur hidup aku beraya dekat KL, tanpa keluarga disisi. Fuh sedih. Hahah tak lah aku okay je.

2 tahun hilang tak menulis. Tulis diam diam je, tak pos. Aku rasa aku tahu kenapa. Semangat. Aku hilang semangat 2 tahun dulu. Nampak macam kelakar lah sebab aku yang tulis benda ni hahah but bro, everyone ada different side of them. You never know. Sediam diam manusia tu, dia sebenarnya happy je cuma malas nak tunjuk or the other way around which is dia memang tak happy dengan life dia. Kalau yang banyak ketawa nya, banyak lawak nya, banyak mulut nya, mostly, yang paling banyak simpan segala rasa. Rasa yang kau sendiri tak expect. Kau selalu dengar benda ni, kau mesti pernah nampak dekat twitter ke apa, “The happiest person is the saddest”. Somehow, aku agree dengan statement tu. I met many people. Tak payah jauh lah, tengok diri sendiri. Okay tak tak, tukar lah. Officemate aku. 

“Din, kau gelak manjang en, seronok sangat ke”

“Kau kena tahu, yang banyak gelak tulah sebenarnya banyak masalah. Cuma buat apa kita nak sedih, buat tak tahu je”

Aku diam kejap. Betul gak. Sebab hari hari aku akan sembang dengan Din ni, biar menda tak berfaedah ke, apa cerita pun sampai aku tahu yang rupanya, sesedih sedih aku, dia antara manusia yang lagi sedih sebenarnya, tapi dia tak tunjuk. Tapi aku rasa kau punya surrounding mempengaruhi jugak sebenarnya. Dengan siapa kau berkawan, macam mana perangai kawan kau tu, macam mana hubungan kau dengan orang. What keeps you feel happy walaupun hakikatnya kau banyak gila masalah. Friends can break your heart too. Pun boleh jadi. Kau ingat bercinta je boleh rasa kecewa? Berkawan lagi teruk rasa dia. Hahah tetiba.

Aku cerita sikit pengalaman first time raya tak balik beraya dengan family. Yeah aku raya dekat office, dengan batch mate aku masa training & few senior yang aku memang rapat. Aku dapat cuti 2 hari before raya, so aku balik lah meluangkan masa bersama keluarga. Okay je, takde apa pun. Tapi time nak balik tu, sekeras keras aku, haih bergenang jugak lah air mata, suara dah ketar tahan nagis. Aku tahu ibu tahan nangis jugak sebenarnya tapi aku buat relax je konon tak kisah, well aku tak pernah nangis depan family. Mungkin tu sebab nya aku jadi yang paling banyak simpan rasa. Jujur aku cakap, dalam kepala aku, aku terbayang what if this year tahun terakhir aku raya dengan tak dapat raya dengan family nya hahaha sangat overthinking. Sebab aku ulang alik balik tu naik bas, so tulah mungkin sebab banyak sangat berita pasal accident di bulan puasa, nak dekat raya, aku letak diri aku dalam situasi tu. Ye drama, kau tak paham apa aku rasa. Baca je jangan kecam hahaha.

Dalam bas, aku istighfar je, tak ni betul. Sebab esok tu raya, aku bayang benda tu je. Jenis aku pulak suka pikir, aku nak ‘pergi’ before anyone else. Supaya aku tak tanggung rasa sedih tengok orang yang aku sayang, pergi. Aku rasa dah melalut dah ni, tapi peduli apa aku, aku yang tulis hahaha sorry…

Alhamdulillah aku selamat sampai KL.

Lepas tu esok nya, time tengah bersiap nak pergi office, dengar takbir, surau dekat dengan rumah pulak, masa ni nak nangis lagi hahah. Ye aku kalau sorang memang lembut sikit hati, rapuh lah senang cakap. Orang tak layan pun aku rasa nak nangis. Aku siap cepat cepat. Sebab ada satu rasa yang aku tahu kalau aku pergi office, I’ll be fine dan aku betul.

Aku rasa pengalaman baru. First day raya dah dengan kawn-kawn semua. Lagi seronok sebab yang dekat office, I mean yang rapat dengan aku ada, yang selalu menghiburkan tu ada sama sama tak beraya dengan aku hahaha. So raya pertama aku tak menyebabkan sebarang kejadian banjir kilat lah hahah.

Sebab tu aku cakap, dengan siapa kau berkawan, macam mana perangai kawan kau tu, atau pun dalam persekitaran yang macam mana kau berada tu, itu lah diri kau. Abang wan aku selalu cakap, tak selalu lah tapi memang dia pesan, “Kawan tu cerminan awak long, kawan awak tak elok, awak pun tak elok”. Betul. Alhamdulillah kawan aku yang dari kecik, sekolah rendah, naik sekolah menengah, masuk college, sampai tempat kerja, akak akak rumah sewa semua baik perangai. Biar perangai kasar, mulut biadap sekalipun. Baik as in, kalau keluar tu, “Kita solat dulu lah” “Nak solat dekat mana ni?”. Tu kawan kawan, cinta hati pun Alhamdulillah. Like we all know, kitorang bukan baik sangat, tapi selalu cari jalan nak jadi baik, ajak buat benda baik, walaupun selalu je tersasar. Kalau kau tak tersasar, you never learn mate. Kawan tu baik tak baik, balik pada diri sendiri gak, ada kau ajak dia buat baik? Oh nak baik sensorang eh, tak nak bawak kawan kawan lain… Tak baik…

Aku rindu college. Rindu suasana college. Rindu family PMI. Rindu bulatan gembira dengan diorang. Rindu perkongsian dengan diorang. Rindu nak berprogram, Rindu nak bercakap tiap malam selasa, malam jumaat. Rohani lapar. Dah lama tak terisi. Kesian. Kejap nak nangis. Ha ha ha.

Cerita hilang 2 tahun ni banyak sebab. Aku jatuh teruk. Jatuh yang betul jatuh. Aku tanggung rasa sorang. Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku rasa nak bunuh diri. Punca? Entah. Emosi aku sakit 2 tahun lepas, sakit tenat. Aku ubat diri sendiri, pujuk diri sendiri hari hari untuk 2 tahun tu. Rasa macam sorang, walaupun hakikatnya keliling aku ada je manusia lain. Tapi mungkin sebab manusia yang dikeliling aku tu bukan semangat aku, entah, aku cakap je. Tapi pikir pikir balik not exacty 2 tahun pun rasa tu, setahun lah kot. 2 tahun macam berat sangat.

Tapi aku dah takde dalam dunia nak bunuh diri tu dah. Alhamdulillah. Betul lah, kalau kau tak kuat tu, dah jalan dah sebenarnya. Mana member yang ada masa aku macam orang tak betul nangis-nangis. Terus call member lain untuk call aku tanya aku okay ke tak. Yang pesan jangan buat benda mengarut padahal time tu aku dah teringat pisau dekat dapur, tenung balkoni, masa tu duduk tingkat 2. Acah en nak terjun padahal tingkat 2 je pun.Terus datang bawak member member lain untuk tenang kan aku. Bawak asam sebab tahu aku suka. Teman aku sampai aku betul okay. These people, aku ingat sampai mati. Tak lupa juga yang bila aku finally rasa nak luahkan rasa, sanggup dengar, bebel panjang panjang, marah sebab aku simpan sorang, yang bagitahu “Kalau pape bagitahu lah, jangan diam sorang nanti gila”. Hampir bro, hampir separuh gila.

Untuk yang tahu apa yang dah jadi pada aku, yang kemudian nya bagi semangat, bagi kata kata yang aku rasa dah cukup buat aku rasa “YOU ARE NOT ALONE”. Yang tolong ulang alik nak settle kan masalah aku, haih these people are the best.

Dan untuk bulan, terima kasih sebab selalu ada, masih ada sampai sekarang. Jadi antara insan yang sanggup layan kerenah mengarut, layan overthinking. Ketahui lah, ada suatu saat yang aku rasa nak putus asa, yang aku rasa nak tinggal semua orang, dan ada satu ketika yang aku rasa you shouldn’t be with me, a hopeless, stupid, depressed girl, tapi bila bulan tabur kata kata yang bukan kosong semata, bulan tunjuk rasa yang aku tak pernah rasa dari manusia lain, tapi dengan dia, ada satu rasa yang tak pernah habis, takkan habis walau apa keadaan sekalipun, insyaAllah.

Aku tak tahu kalau dia rasa yang sama jugak. Sebab aku jenis tak reti tunjuk aku sayang, atau kadang cara aku tu nampak macam aku tak suka, tak berminat. Sama jugak macam aku dengan member member aku, tak cakap direct, tapi cara aku tu diorang tahu aku sebenarnya rindu. “Action speaks louder than words”. Tapi kalau rajin luah dengan kata kata, itu dah rindu sangat, rindu betul, rindu gila, so layan lah aku kalau aku dah buat gitu hahaha.

Aku tak mintak berkepit, mintak kasih sayang je. Hahaha dah kenapa diana.

Maaf kalau apa aku tulis, meleret je banyak. Kau try menulis dalam keadaan kau memang nak bercerita, macam nil ah jadinya. Kena tak kena dengan tajuk peduli apa. Janji aku menulis hahaha.

Tengok lah bila pulak aku nak update lagi. Kalau ada respond baik, aku tulis lagi. Kalau takde pun, aku tulis je sebab ni macam online diary aku, tapi aku tak open macam mana aku tulis dalam buku. Sebab ada masa aku nak menaip, aku capai laptop, so update blog. Kalau rasa nak menulis, nak tulis dalam buku, nak pegang pen, aku tulis lebih dalam buku. Lagi lebih dari yang dalam blog. Kalau aku takde nanti, aku nak wasiatkan buku buku diary aku tu yang ada dalam beberapa buah, hahaha. Kau boleh pikir yang apa aku tulis ni, aku reka. Kau baca je, tapi bukan kau jadi watak nya. Tapi, kau kena tahu, apa yang aku cerita dekat blog, tak sampai 50% pun dari kisah yang sebetul nya. Thank you for reading. Okay dah boleh tidur! Assalammualaikum.





Lots of love;
Diana Alias





i love you , just the way you are =)

No comments:

Post a Comment